Wednesday, January 28, 2015

Al-Quran 1


Assalamualaikum... Alhamdulillah...syukur pada Tuhan sudah agak lama tidak menulis blog sejak di tahun 3 pengajian di mesir. Setelah membelek-belek beberapa buah blog dan beberapa siri ceramah timbul semula rasa minat untuk menulis blog semula.Pada mulanya saya ingin menulis dalam bentuk karang kreatif tapi memikirkan atas beberaapa sebab saya memilih untuk menulis jenis bentuk penulisan yang lebih ringan dan santai sebelum melangkah ke arah yang lebih berat. Insyallah pada entri kesekian kali saya ingin berkongsi tentang kaedah menghafaz al-Quran. Pada asasnya al-Quran perlulah menjadi satu perkara yang disukai terlebih dahulu sebelum kita mula untuk menghafaz al-Quran .Ini kerana apabila perasaan sudah mula bertapak didalam hati barulah perkara tersebuh akan lebih mudah untuk dilakukan. Namun begitu untuk melahirkan rasa kasih sayang tersebut tidak boleh datang begitu sahaja ianya perlulah dipupuk .Bahkan yang lebih penting cinta tidak akan timbul jika tidak dikenali terlebih dahulu. berkenaan dengan cinta perlulah diusahakan dengan sehabis baik keran jika kesungguhan yang datang mengaharpkan cinta al-Quran pastinya memerlukan kepada nilai hati yang suci ikhlas bukan terbias kepada yang selainNya. Pemilik cinta itu sendiri perlulah diampu dirayu disebut-sebut agar memberi satu tonik yang diimpikan.
Sahabat-sahabat sekalian , menghafaz al-Quran bukanlah sekadar hafazan semata-mata.Bahkan lebih dari itu .Ia satu usaha dakwah ,pengorbanan ,kecintaan yang tidak berbelah bahagi. Sebagai contoh penghafaz al-Quran mendapat nikmat yang tidak terhingga dengan pengumpulan ayat-ayat suci di dalam dada tetapi sebelum itu pengorbanan,susah payah,penat lelah ,sengkang mata,bangun malam sentiasa menjadi taruhan.Perlulah diingatkan sekali untuk diri ini supaya senantiasa menjadikan al-Quran sebagai moto hidup atau bahasa yang lebih mudah difahami menjadi keutamaan nombor satu dalam kehidupan seharian. Bersambung...

4 comments:

Anonymous said...

Terbaik laah ^_^

syahir said...

Terima kasih ☺

Anonymous said...

Salam... Xde post entry bru lg ke ust ;)

Anonymous said...

Aah kn..nak juge bace yg baru