Saturday, November 21, 2015

Surat cinta

Telah ku terima surat Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya Mu
Menyelimuti seluruh hatiku

Telah ku terima surat Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Berulang-ulang kali difikiranku
Betapa Kau mencintaiku #Pastinyaaaa...
Bila ku merindu pada Mu
Surat Mu kan ku baca selalu
Ku harap Kau akan menyebut namaku Detik ku rindu Saat ku baca surat Mu Hidupkanlah hatiku ini selalu Dengan kalimah Mu Kalimah cinta teragung

Telah ku terima surat Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya Mu
Sesegar bumi syurga hatiku

Pastinyaaaa... Bila ku merindu pada Mu Surat Mu kan ku baca selalu oo00o0o0o0oowooo
Ku harap Kau akan menyebut namaku Detik ku rindu Saat ku baca surat Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimah Mu Kalimah cinta teragung
Sungguh makna cinta Mu tiada penghujung
Surat Mu kan ku baca selalu Wooo000o0o00o0oooo
Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detik ku rindu Saat ku baca surat Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu Dengan
kalimah Mu Kalimah cinta teragung

Sunday, February 22, 2015

Al-Quran 2

Salam kpd semua pembaca..
Dalam entri kali ini kita akan teruskn perbicaraan tentang al-Quran.

Menjadikan al-Quran sebagai kekasih sebenarnya amat mudah sebenarnya.Menjadikan Al-Quran prioriti utama dalam kehidupan seharian adalah langkah pertama.Seterusnya peruntukkan masa untuk bertemu dengan kekasih(Al-Quran) perlulah dibuat.Erti kata yang mudah membuat janji temu supaya dapat bertemu dengan kekasih dihampir setiap masa. Al-Quran perlulah kita letak pada petak yang pertama dalam hidup kita.Ini bermaksud perkara pertama yang kita lakukan setiap hari adalah dimulakan dengan bacaan Al-Quran.Ini kerana bacaan Al-Quran tersebut boleh mendatang rahmat dan  manfaat dalam kehidupan kita seharian. Dengan izin Allah setiap kali kita membaca Al-Quran hati kita akan menjadi lapang dan mudah untuk membuat kerja yang lain-lain selepas itu. Bahkan dengan izin Allah kerja yang kita lakukan itu akan bertambah kualitinya dan menjadi lebih baik. Itulah Al-Quran bagi membacanya sahaja pelbagai kelebihan yang kita akan perolehi apatah mentadabbur dan mengkajinya. Justeru dalam entei kali ini saya mengajak pembaca sama-sama kita membudayakan pembacaan Al-Quran walau dimana kita berada . Mudah-mudahan dengan pembacaan tersebut menjadikan kita layak untuk menggapai redha Allah kerana mardhatillah itu menjadi impian nurani setiap muslim yang mengakui Allah itu Rabb-nya. Wallahua'lam.

Wednesday, January 28, 2015

Al-Quran 1


Assalamualaikum... Alhamdulillah...syukur pada Tuhan sudah agak lama tidak menulis blog sejak di tahun 3 pengajian di mesir. Setelah membelek-belek beberapa buah blog dan beberapa siri ceramah timbul semula rasa minat untuk menulis blog semula.Pada mulanya saya ingin menulis dalam bentuk karang kreatif tapi memikirkan atas beberaapa sebab saya memilih untuk menulis jenis bentuk penulisan yang lebih ringan dan santai sebelum melangkah ke arah yang lebih berat. Insyallah pada entri kesekian kali saya ingin berkongsi tentang kaedah menghafaz al-Quran. Pada asasnya al-Quran perlulah menjadi satu perkara yang disukai terlebih dahulu sebelum kita mula untuk menghafaz al-Quran .Ini kerana apabila perasaan sudah mula bertapak didalam hati barulah perkara tersebuh akan lebih mudah untuk dilakukan. Namun begitu untuk melahirkan rasa kasih sayang tersebut tidak boleh datang begitu sahaja ianya perlulah dipupuk .Bahkan yang lebih penting cinta tidak akan timbul jika tidak dikenali terlebih dahulu. berkenaan dengan cinta perlulah diusahakan dengan sehabis baik keran jika kesungguhan yang datang mengaharpkan cinta al-Quran pastinya memerlukan kepada nilai hati yang suci ikhlas bukan terbias kepada yang selainNya. Pemilik cinta itu sendiri perlulah diampu dirayu disebut-sebut agar memberi satu tonik yang diimpikan.
Sahabat-sahabat sekalian , menghafaz al-Quran bukanlah sekadar hafazan semata-mata.Bahkan lebih dari itu .Ia satu usaha dakwah ,pengorbanan ,kecintaan yang tidak berbelah bahagi. Sebagai contoh penghafaz al-Quran mendapat nikmat yang tidak terhingga dengan pengumpulan ayat-ayat suci di dalam dada tetapi sebelum itu pengorbanan,susah payah,penat lelah ,sengkang mata,bangun malam sentiasa menjadi taruhan.Perlulah diingatkan sekali untuk diri ini supaya senantiasa menjadikan al-Quran sebagai moto hidup atau bahasa yang lebih mudah difahami menjadi keutamaan nombor satu dalam kehidupan seharian. Bersambung...

Thursday, April 15, 2010

relax minda~~~

kali ni saye just ingin berkongsi petua2 yg saye dapt dari rakan saye n dari beberape sumber yg lain...terpulang kpd sahabat2 utk mengamalkannye atau tidak...:)



Petua : Menghilangkan Panas Makan Durian
Satu cara yang amat mujarab ialah dengan meminum air dari pangsa durian. caranya selepas makan durian.kulitnya atau pangsa kita taruh air masak lalu minum. insyaallah badan kita tak panas.

Petua : Kempis Perut
Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

Petua : Inginkan Anak Putih
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih.


mgknkah begini anak anda nanti?

Petua : Mengilapkan Cermin
Anda ingin mengilapkan perabot rumah anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak Cubalah petua saya.ambil kertas akhbar celupkan kedalam air selepas itu gosoklah pada cermin sehingga kering isyaallah cermin akan berkilap serperti baru.

Petua : Mengilat Barang Kemas ( Emas )
Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan emasnya.caranya..
Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi ( apa-apa jua jenama ) dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam Lepas tu...keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas dengan air bersih.Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru.

Petua : Mengelakkan Naik Bisul
Untuk Menggelakkan anda dari terkena Bisul (Sejenis penyakit Kulit ), Selepas anda Bersin anda hendaklah meludah Air Liur , Jangan ditelan sisa - sisa air liur yang ada didalam mulut.

Petua : Terangkan mata
Caranya ialah dengan minum air lobak merah selalu.Amalkan selalu selepas makan pagi,petang dan malam insya'allah mata anda akan dapat melihat dengan terang.

Petua : Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air.Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu )

Petua : Rambut Gugur
Untuk mereka yang bermasalah tentang keguguran rambut.Caranya ialah dengan mengambil 5 hingga 6 helai daun Pinang Muda ( Pucuknya ), kemudian dipecah-pecahkan dan ramas sehingga mengeluarkan buih.Kemudian sapukan sehingga rata dirambut dan kulit kepala,biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.Amalkan setiap selepas mandi.Lihatlah perbedaannya dalam tempoh 1 minggu.Akar rambut akan menjadi kukuh dan kelihatan sihat bersinar.

Petua : Melicinkan Muka
Gunakan Putih telur sahaja, campurkan dengan Limau Nipis dan Susu Cair / Manis. Kemudian sapukan pada Wajah ( Sebagai Masker ). Insyaallah berkesan.


inilah cara paling mujarab melicinkan kulit.

Petua : Masalah Bau Badan
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.

Petua : Merawat Bisul
Sekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas bisul tersebut.Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan.Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar insyaalah mujarab

Petua : Menghilangkan Bulu diatas Bibir
Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir.

Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kamudian goreng dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian.

sekadar itu dahulu selamat mencuba hehe :)...wallahualam...

Tuesday, April 6, 2010

cuit-cuit...

salam..
dalam entri kalini sy hanye ingin menaip2 di keyboardni,cuaca sejuk di egypt pun sudah mule berubah2 kerana hendak bertukar musim bunga selepasni..boleh kami seroomate ke hadiqoh(taman2) seperti hadiqah alazhar ke ataupun hadiqoh dauliah atau di alexandria yang cantik dengan bunge2 seperti tahun2 yg lepas lg2 dlm tempoh yg sudah hampir dengan final exam nih dpt juge menenangkn fikiran.

...bnyk bende yg ingin dikongsi sbnrnye...lg2 waktu yg sudah hampirni...hampir kpd ape? semuenye sudah hampir..mgkn sahabat2 pernah mendengar atau menonton filem 2012,armagedon dan filem2 yg seumpama dengannye...bagaimana diceritakn tentang berlakunye qiamat,walaupun bnyk isinya yg bercanggah dgn al-Quran dan hadis...namun ianya cukup dasyat menggambarkan tentang kehancuran dunia...amat menggerunkn klu kita dpt hayati apatah lagi apabila qiamat benar2 berlaku pastinya lebih dasyat lg...namun adakah kite benar2 bersedia menghadapinye? adakah kite sudah lulus dengan ujian yg Tuhan berikn kpd kte? sy sendiri pun tidak dpt menjawab persoalan ini. Tepuk dada tanyalah iman..

العاقل من ذكر الموت ولم ينسى الحياة

Org yang berakal ialah yg mengingati mati dan tidak lupakan dunia.

cukup cantik pepatah arab ni walaupun ringkas namun ianya cukup untuk memberi kesedaran kpd kita supaya sentiasa berjaga2 dengan sampainye waktu ajal kerna ajal tidak mengira umur,dan dlm mase yg same tidak melupakn kehidupn dunia. Maut dahulu baru disusuli dengan dunia. Bagaimana agaknya? rasanya sahabat2 lebih mengerti apa yg dimaksudkan pepatah ini. Biarlah pepatah ini menjadi kalung permata untuk kita pakai bersama-sama walau di mana jua kita berada.

gambar kenangan ketika musim bunge bersama kawan2 tahun lepas.



Sufian dan Gaddafi di Montazah yang merupakan taman pinggiran laut yg cantik. Di dalam taman pinggiran laut seluas 155,4 hektar ini terdapat Istana Raja Farouk yang terletak di dataran tinggi menghadap ke Laut Tengah. Sekarang istana itu menjadi istana presiden untuk menyambut tetamu negara yang berkunjung ke Alexandria@Iskandariah. Sekadar ini sahaja dahulu sahabat2...

Saturday, February 13, 2010

maarad elkitab~~book fair~~pesta buku

Salam..

Dalam entri kali ni saye ingin berkongsi pengalaman semasa berkunjung ke maarad kitab atau book fair ataupun pesta buku di cairo beberape hari lepas.Maarad kitab di cairo ni adalah yg ke 42 sejak diadakan.Kali ni sy pergi dengan roommate sy Gaddafi. Alhamdulillah beberape kitab yg dirancang dpt dibeli. Semasa pergi ke maarad memang berbagai ragam manusia boleh didapati di sana dari A smpila z..daripada yg melayu..indonesia..turkey..sudan..saudi sampaila masri dan bermcm2 bangse boleh didapati di sana..

Masukni dah tahun tahun ke3 sy pergi ke maarad..dan smpi skrg maarad di egyptni sentiase mendapat perhatian antarabangse dan mendapat kunjungn dr seluruh pelosok dunia..semua jenis buku boleh didapati disini dr buku2 agame smpila buku2 akademik Pengunjung juga boleh bertemu dengan penulis2 kitab...Kedai2 makan juga ade dibuka untuk pengunjung..boleh kate serbe serbi semuanye ade di maaradni. Masjid juga ade di dalamnye namun org rmi sembahyang dimana2 sahaja kerana terlalu ramai manusia.

Bukan itu sahaja kita juga boleh menawar harge utk membeli buku2 tersebut. Jadi mmg xboleh dinafikn di maarad ni rasenye mcm kt pasar dah bahkan lebih sesak dari makcik2 yg menawar harge ikan di pasar msia..cume bezanye disini kita menawar harge kitab . Pilihan juga pelbagai. Memang rase takjub jika kali pertama pergi..dengan kebanjiran kitab yg melampau2 lebih bnyk dr manusia yg sememangnye terlalu ramai. Bile difikirkn semula beginikah gambaran ketika kota Baghdad yang suatu ketika dahulu gemilang sebagai perpustakaan, gedung dan sumber ilmu sedunia?



di hadapan pintu masuk maarad kitab yg dibanjiri manusia..

Friday, January 15, 2010

Beit minbar Islam,Shoubra, el-Qahirah.

Salam pembuka kalam..
Sekarangni dah masuk tahun baru 2010 m..Jadi inilah entri saya kali ni
Walaupun dalam masa yang terdekat ni banyak perkara telah berlaku. Sedar x sedar umur pun semakin bertambah (makin tue isk2) tanggung jawab pun dah semakin bertambah..Tugas pun semakin bertambah..Jadi azam pun kenelah pasang agar apa yg kita hajatkan menjadi mudah..

Apepun Alhamdulillah sebab ahli beit (roommate) saye yg sorang lagi (Gaddafi) sudah pulang dari United Kingdom.Jadi cukuplah kami berempat sekarang dalam satu rumah Haziman,Hazwan ,Gaddafi, dan termasuk saye hehe. Seronok juga mendengar cerita Gad daripada pengalamanya berada di UK. Sebenarnya Uk ni merupakan negara yang unik kerana ia disertai beberapa negara dan daerah di eropah .Ini kerana negara2 dan daerah2 ini berkongsi satu ratu yang sama walaupun mempunyai pemerintah yang berbeza.

Antara negara2 yang terlibat ialah Inggeris, Scotland, Wales dan North Ireland. Ratu pada mase skrg ini ialah Ratu Elizabeth 2. Mereka juga kaya dengan budaya inggeris mereka .Yang menariknya semasa berada di sana Gad menceritakan bahawa orang2 disana sgt bagus dan baik. Mereka sangat menghormati Islam. Dan Islam juga sudah mula meluas di UK.

Jadi beberapa hari saye sering mendengar satu lagu ,yang mane mungkin ramai sahabat2 sudah mendengarnya. Saye mule mendengarnye daripada kawan saye Hazim yang memberi link lagu ni. Dan ia juga telah menjadi lagu tema kami di Minbar Islam nih hehe.Laguni dinyannyikan seorang munsyid namenye Maher Zain .Saye telah sediakan liriknya sekali agar mudah difahami. Oleh kerana ianya dalam bahase inggeris jadi sy telah cube terjemahkan dlm bahasa ibunde kite bahasa melayu (sayangilah bahasa anda hehe) so klu nk dengar lagu just klik je gambar kat video bawahni ok? atau mp3 yg adeni..enjoy the song..








Open you eyes-(Maher Zain)

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Bukalah matamu-Maher Zain


Lihat di sekeliling engkau
Tidakkah engkau melihat keajaiban ini
Tersebar di hadapanmu
Awan-awanan yang terapung sendiri
Langit yang cerah dan biru
Planet-planet pada orbit-orbitnya
Dan jua bulan serta matahari
Sesuatu yang harmoni sempurna

Marilah kita mula bertanya pada diri kita
Tidakkah bukti ini cukup untuk kita?
Atau adakah kita buta
Untuk menolak semua ini ketepi?
Tidak..

Kita hanya perlu
Membuka mata kita ,hati kita, dan fikiran kita
Kalau kita melihat dengan jelas tanda-tanda ini
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarlah ia membawa kita secara indah
Bawalah kami ke jalan yang terbaik
(Allah)
Pandulah kami setiap hari yang kami lalui
(Allah)
Jadikanlah kami sentiasa hampir dengan Mu
sehingga habisnya waktu..

Lihatlah dalam dirimu
Suatu arahan yang sempurna
Tersembunyi dalam dirimu
Mengalir dalam saluran darah
Bagaimana pula dengan kemarahan , cinta , dan kesakitan
Serta semua benda yang engkau rasa
Bolehkah engkau merasainya dengan tanganmu?
Bukankah ia benar-benar wujud

Apabila bayi lahir
Sangat tidak berupaya dan lemah
Dan engkau melihatnya membesar
Jadi mengapa menafikan?
Apa yang ada di hadapan matamu
Keajaiban terbesar dalam kehidupan


Ya Allah
Engkau menciptakan segalanya
Kami kembali pada Mu
Ya Robb kami menadah tangan berdoa
Selama-lamanya kami bersyukur pada Mu
Segala puji hanya bagi Mu ya Allah..