Sunday, February 22, 2015

Al-Quran 2

Salam kpd semua pembaca..
Dalam entri kali ini kita akan teruskn perbicaraan tentang al-Quran.

Menjadikan al-Quran sebagai kekasih sebenarnya amat mudah sebenarnya.Menjadikan Al-Quran prioriti utama dalam kehidupan seharian adalah langkah pertama.Seterusnya peruntukkan masa untuk bertemu dengan kekasih(Al-Quran) perlulah dibuat.Erti kata yang mudah membuat janji temu supaya dapat bertemu dengan kekasih dihampir setiap masa. Al-Quran perlulah kita letak pada petak yang pertama dalam hidup kita.Ini bermaksud perkara pertama yang kita lakukan setiap hari adalah dimulakan dengan bacaan Al-Quran.Ini kerana bacaan Al-Quran tersebut boleh mendatang rahmat dan  manfaat dalam kehidupan kita seharian. Dengan izin Allah setiap kali kita membaca Al-Quran hati kita akan menjadi lapang dan mudah untuk membuat kerja yang lain-lain selepas itu. Bahkan dengan izin Allah kerja yang kita lakukan itu akan bertambah kualitinya dan menjadi lebih baik. Itulah Al-Quran bagi membacanya sahaja pelbagai kelebihan yang kita akan perolehi apatah mentadabbur dan mengkajinya. Justeru dalam entei kali ini saya mengajak pembaca sama-sama kita membudayakan pembacaan Al-Quran walau dimana kita berada . Mudah-mudahan dengan pembacaan tersebut menjadikan kita layak untuk menggapai redha Allah kerana mardhatillah itu menjadi impian nurani setiap muslim yang mengakui Allah itu Rabb-nya. Wallahua'lam.

No comments: