Thursday, April 15, 2010

relax minda~~~

kali ni saye just ingin berkongsi petua2 yg saye dapt dari rakan saye n dari beberape sumber yg lain...terpulang kpd sahabat2 utk mengamalkannye atau tidak...:)



Petua : Menghilangkan Panas Makan Durian
Satu cara yang amat mujarab ialah dengan meminum air dari pangsa durian. caranya selepas makan durian.kulitnya atau pangsa kita taruh air masak lalu minum. insyaallah badan kita tak panas.

Petua : Kempis Perut
Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

Petua : Inginkan Anak Putih
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih.


mgknkah begini anak anda nanti?

Petua : Mengilapkan Cermin
Anda ingin mengilapkan perabot rumah anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak Cubalah petua saya.ambil kertas akhbar celupkan kedalam air selepas itu gosoklah pada cermin sehingga kering isyaallah cermin akan berkilap serperti baru.

Petua : Mengilat Barang Kemas ( Emas )
Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan emasnya.caranya..
Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi ( apa-apa jua jenama ) dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam Lepas tu...keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas dengan air bersih.Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru.

Petua : Mengelakkan Naik Bisul
Untuk Menggelakkan anda dari terkena Bisul (Sejenis penyakit Kulit ), Selepas anda Bersin anda hendaklah meludah Air Liur , Jangan ditelan sisa - sisa air liur yang ada didalam mulut.

Petua : Terangkan mata
Caranya ialah dengan minum air lobak merah selalu.Amalkan selalu selepas makan pagi,petang dan malam insya'allah mata anda akan dapat melihat dengan terang.

Petua : Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air.Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu )

Petua : Rambut Gugur
Untuk mereka yang bermasalah tentang keguguran rambut.Caranya ialah dengan mengambil 5 hingga 6 helai daun Pinang Muda ( Pucuknya ), kemudian dipecah-pecahkan dan ramas sehingga mengeluarkan buih.Kemudian sapukan sehingga rata dirambut dan kulit kepala,biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.Amalkan setiap selepas mandi.Lihatlah perbedaannya dalam tempoh 1 minggu.Akar rambut akan menjadi kukuh dan kelihatan sihat bersinar.

Petua : Melicinkan Muka
Gunakan Putih telur sahaja, campurkan dengan Limau Nipis dan Susu Cair / Manis. Kemudian sapukan pada Wajah ( Sebagai Masker ). Insyaallah berkesan.


inilah cara paling mujarab melicinkan kulit.

Petua : Masalah Bau Badan
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.

Petua : Merawat Bisul
Sekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas bisul tersebut.Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan.Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar insyaalah mujarab

Petua : Menghilangkan Bulu diatas Bibir
Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir.

Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kamudian goreng dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian.

sekadar itu dahulu selamat mencuba hehe :)...wallahualam...

Tuesday, April 6, 2010

cuit-cuit...

salam..
dalam entri kalini sy hanye ingin menaip2 di keyboardni,cuaca sejuk di egypt pun sudah mule berubah2 kerana hendak bertukar musim bunga selepasni..boleh kami seroomate ke hadiqoh(taman2) seperti hadiqah alazhar ke ataupun hadiqoh dauliah atau di alexandria yang cantik dengan bunge2 seperti tahun2 yg lepas lg2 dlm tempoh yg sudah hampir dengan final exam nih dpt juge menenangkn fikiran.

...bnyk bende yg ingin dikongsi sbnrnye...lg2 waktu yg sudah hampirni...hampir kpd ape? semuenye sudah hampir..mgkn sahabat2 pernah mendengar atau menonton filem 2012,armagedon dan filem2 yg seumpama dengannye...bagaimana diceritakn tentang berlakunye qiamat,walaupun bnyk isinya yg bercanggah dgn al-Quran dan hadis...namun ianya cukup dasyat menggambarkan tentang kehancuran dunia...amat menggerunkn klu kita dpt hayati apatah lagi apabila qiamat benar2 berlaku pastinya lebih dasyat lg...namun adakah kite benar2 bersedia menghadapinye? adakah kite sudah lulus dengan ujian yg Tuhan berikn kpd kte? sy sendiri pun tidak dpt menjawab persoalan ini. Tepuk dada tanyalah iman..

العاقل من ذكر الموت ولم ينسى الحياة

Org yang berakal ialah yg mengingati mati dan tidak lupakan dunia.

cukup cantik pepatah arab ni walaupun ringkas namun ianya cukup untuk memberi kesedaran kpd kita supaya sentiasa berjaga2 dengan sampainye waktu ajal kerna ajal tidak mengira umur,dan dlm mase yg same tidak melupakn kehidupn dunia. Maut dahulu baru disusuli dengan dunia. Bagaimana agaknya? rasanya sahabat2 lebih mengerti apa yg dimaksudkan pepatah ini. Biarlah pepatah ini menjadi kalung permata untuk kita pakai bersama-sama walau di mana jua kita berada.

gambar kenangan ketika musim bunge bersama kawan2 tahun lepas.



Sufian dan Gaddafi di Montazah yang merupakan taman pinggiran laut yg cantik. Di dalam taman pinggiran laut seluas 155,4 hektar ini terdapat Istana Raja Farouk yang terletak di dataran tinggi menghadap ke Laut Tengah. Sekarang istana itu menjadi istana presiden untuk menyambut tetamu negara yang berkunjung ke Alexandria@Iskandariah. Sekadar ini sahaja dahulu sahabat2...