Thursday, December 24, 2009

borak2 di Egypt ..

erm sudah lme tidak menulis, sejak kebelakangan ni fikiran sy asyik buntuje, sy pun xtahu mengape...'menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan' itulah kate2 dari ibu sy, beberape hari yg lalu ketika sy menelefonnye.

.mgkn benar ape yg dikatekannye...ade jugak roomate sy haziman bertanye tentang blog da update ke blom, sy bukn ape cume ideanye xde ditambah dengn kesibukn lg hmmm...sy menghembus nafas (mgkn keluhan atau kelegaan)..jd sy minta beberapa keping gmbr gman utk dijadikn bahan dlm blog sy. Nasib baikla gman bermurah hati. Daripada gmbr tersebut barula sy dpt idea tuk menulis.inilah gambar tersebut...
gambar gman dan naim (yg pakai topi tu mamat korea yg dtg melancong)

Gman (ketua rumah) bersame piramid khufu (piramid terbesar didunia)

ni pula gambar penulis dgn Fizal(abg penulis) ketika fizal dtg ke egypt melawat piramid dengan kawan2nye dari Russia tahun lepas.

Fizal cube memicit piramid dengan jarinye.

Jd inilah piramid, sy rase semua org tahu tentang 7 benda ajaib dunia ni...ketika ni gman bawa budak2 medic pergi melancong tempat2 bersejarah di egypt ,biasenye bg pelajar2 baru yg sampai di egypt pastinye akn pergi melihat piramid2ni ,seolah2nye 'tidaklah ke mesir kalau tidak ke piramid' (ayat mantiq ni hehe ,bolehla a'kas kpd sape2 yg tahu mantiq ) .

Sbnrnye di egypt ade 3 piramid yg utama iaitu Khufu (Cheops), Khafre (Rakhaef/Chephren) dan Menkaure (Mycerinus) .Terdapat juga sebuah patung singa yg besar dikatakan sbg penjaga kpd piramid2 ni .Inilah gambar singa tersebut ,ia juga dikenali sebagai Sphinx.

Penulis dengan The great of Sphinx (gambar semase mule2 menjejakkan kaki di egypt)

Jd inilah keajaiban dunia. Para pengkaji merasa kagum dan takjub dengan terbinanya piramid ni, pelbagai kajian dilakukan untuk membongkar misteri piramid ni. dengan bongkahan batu yg begitu besar diangkut dari selatan mesir Aswan. Bayangkan daripada Kaherah ke Aswan kte terpakse mengambil mase 3 jam dengan menaiki keretapi. Apatah lg zaman dahulu.

Para pengkaji arkeologi juga menyatakn rata2 buruh yg mmbina piramid mati di usia muda seawal 30an kerana kecederaan tulang belakang. Namun begitu, mengapa binaan piramid masih kukuh tesergam indah sehingga ke hari ini? Itulah yg menjadi tanda tanya kpd para pengkaji hari ini. Apapun persoalan yg ditujukan dan jawapan yg diberikan semuanya menyuruh kita supaya berfikir dengan fikiran yg terbuka serta relevan. Firman Allah:



قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلُ‌ۚ كَانَ أَڪۡثَرُهُم مُّشۡرِكِينَ (٤٢) فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ ٱلۡقَيِّمِ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ يَوۡمٌ۬ لَّا مَرَدَّ لَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۖ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصَّدَّعُونَ (٤٣) مَن كَفَرَ فَعَلَيۡهِ كُفۡرُهُ ۥ‌ۖ وَمَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَلِأَنفُسِہِمۡ يَمۡهَدُونَ (٤٤

42
.Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.
43.(Jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah agama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: Hari yang tak dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan).
44.Sesiapa yang kufur ingkar maka dialah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing.

(Surah Ar-Rum: 42-44)